Naib Presiden Barcelona, Jordi Mestre mendakwa Neymar cuba memperbodohkan Barcelona sebelum perpindahannya ke Paris Saint-Germain musim panas lalu.
Jordi menambah lagi tingkah laku Neymar ketika perpindahannya ke PSG adalah punca utama yuran perpindahan pemain hari ini meningkat dengan mendadak.
PSG berjaya mendapatkan kidmat Neymar musim panas lalu dalam perjanjian rekod dunia bernilai £200juta.
Neymar didakwa cuba bermain permainan 'tikus dan kucing' dengan Barcelona sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Catalan tersebut.
"Kami [Barcelona] mungkin dapat jimatkan lebih banyak duit dan bunyi bising dari pihak media. Apa yang melukakan hati saya adalah bagaimana perpindahan tersebut berlaku."Sebelum itu, Neymar telah menandatangani kontrak baru bersama Barcelona pada Julai 2016, termasuk bonus pembaharuan kontrak berjumlah £8.5juta.
"Jika Neymar datang berjumpa kami dan berkata beliau mahu meninggalkan Barcelona, kami mungkin akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Apa yang Neymar tidak patut lakukan adalah merosakkan kestabilan kelab ini."
"Neymar tidak beritahu kami apa-apa. Jika beliau ada beritahu kami, PSG mungkin akan beli Neymar pada harga yang jauh lebih rendah dan kami mungkin akan membelanjakan wang lebih rendah untuk mendapatkan pemain baharu."
Sebaik sahaja diumumkan menjadi pemain PSG, Neymar berkata keputusan untuk datang ke Paris adalah kemahuan hatinya.
"Keputusan ini amat sukar untuk diambil. Saya tidak datang ke PSG demi duit. Saya datang ke sini untuk cabaran dan mendapatkan motivasi yang baru."
Sejak perpindahan Neymar, Barcelona telah membelanjakan wang yang diperolehi mereka dengan membeli pemain Liverpool, Philippe Coutinho dan pemain sayap Dortmund, Ousmane Dembele. Kedua-dua pemain ini tiba di Nou Camp dengan tanda harga yang sangat tinggi.
Barcelona turut mengumumkan mereka tidak akan membayar bonus loyalti yang dituntut Neymar. Pihak yang mewakili Neymar telah melaporkan perkara ini kepada FIFA dan perkara ini sedang dalam siasatan.
"Ketika kami tahu Neymar bakal menyertai PSG, kami memberitahu Neymar yang Barcelona tidak akan membayar bonus loyalti pembaharuan kontrak seperti yang dituntut pemain terbabit."
Sumber : thesukan.com