Pengadil sepak pemain digantung

PARIS 15 Jan. - Pengadil kontroversi yang bertindak menyepak pemain dalam perlawanan Ligue 1 sebelum melayangkan kad merah kepadanya ‘digantung sehingga notis lanjut dikeluarkan’, umum Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), hari ini.


Tony Chapron menendang Diego Carlos dari Nantes di penghujung perlawanan menentang Paris Saint-Germain (PSG) semalam selepas kedua-dua mereka berlanggar menyebabkan dia terjatuh.

Chapron kemudian melayangkan kad kuning kedua kepada pertahanan Brazil itu yang didakwa telah menolaknya.

Jawatankuasa Teknikal Pengadil FFF dalam satu kenyataan berkata: “Tony Chapron digugurkan...sehingga notis lanjut dikeluarkan”.

Dia juga akan dipanggil untuk memberi keterangan sebelum suruhanjaya disiplin Liga Perancis membuat keputusan.

Penggantungan itu bermakna Chapron tidak akan meneruskan tugasnya mengadili perlawanan Ligue 1 antara Angers dan Troyes, Rabu ini.

Dalam perlawanan di Stadium La Beaujoire itu, pendahulu liga, PSG menang tipis 1-0 hasil jaringan tunggal Angel Di Maria pada minit ke-12. - AFP

Sumber : web.news365.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==