PARIS 10 Jan. – Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane dinobat sebagai Jurulatih Terbaik Perancis 2017 selepas mengepalai kelab gergasi Sepanyol itu menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara musim lalu.
Jurulatih berusia 46 tahun itu berjaya meraih anugerah tersebut sekali pun Real sedang meniti detik sukar musim ini.
“Saya mahu buktikan yang saya mampu tampil sebagai jurulatih yang baik biarpun dalam situasi sukar,” kata Zidane.
Real ketinggalan 16 mata di belakang Barcelona yang unggul di persada La Liga selepas tewas 0-3 kepada musuh tradisinya itu dalam aksi El Clasico pada hujung tahun lalu.
Tidak bernoktah di situ, Real turut terikat 2-2 dengan Celta Vigo dalam kempen La Liga, semalam.
“Ya, saya akui situasi tersebut sangat bahaya, namun saya tidak akan berubah. Saya tahu saya memiliki ramai pemain terbaik yang mampu mengikut arahan saya.
“Biarpun ada segelintir orang berpendapat kami sentiasa akan menang mudah, namun bagi saya ia tidak benar. Sama ada anda pemain mahupun jurulatih, kami sentiasa perlu bekerja.
“Saya tidak akan dibayangi dengan apa yang saya pernah kecapi ketika bergelar pemain di kelab ini.
“Zinedine Zidane bukan lagi pemain Real Madrid. Perkara itu sudah tidak wujud. Sekarang yang ada adalah Zinedine Zidane sebagai jurulatih yang sedang mencipta karier,” katanya.– AFP
Sumber : http://web.news365.my